Tuesday, March 20, 2007

Touched!

Got this from my fren's blog and I think I shud use this as a note to meself.Thanx am.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita
berjumpa
dengan orang yang salah sebelum
menemui insan
yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan
hikmah
di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan
tertutup,
yang lain akan terbuka tapi lazimnya
kita akan
memandang pintu yang telah tertutup
itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu
yang
telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang
yang
anda boleh duduk di dalam buaian dan
berbuai
bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa
itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu
apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita
kehilangannya dan juga benar bahawa
kita tidak
tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia'
datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda
bukanlah
satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda
kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk
mekar di dalam
hati mereka tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia
terus mekar di dalam hati anda. Ia
cuma mengambil masa seminit untuk
jatuh hati
pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang
hidup untuk
melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan
kerana boleh
jadi ianya palsu. Jangan kejar
kemewahan kerana
ianya akan susut. Carilah seseorang
yang membuatkan anda tersenyum kerana
ia
cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram.

Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan
apabila anda teramatkan rindukan
seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari
mimpi
anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda
tujui
dan jadilah apa yang anda inginkan
kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu
peluang
untuk melakukan semua perkara yang
ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang
cukup
untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan
yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan
anda
adalah seorang insan dan harapan yang
cukup
untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya
menyakitkan
anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain
juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam
hampir apa saja yang datang di dalam
perjalanan hidup mereka..

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang
menangis, mereka yang terluka, mereka
yang
telah mencari dan mereka yang telah
mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan
manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar
dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa
berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah
dilupakan. Anda
tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan
dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis
dan
orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah
hidup anda supaya apabila anda mati
nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang
sekeliling
anda pula yang akan menangis.


"Dalam menempuh arus hidup kita terlupa
kehidupan itu sebenarnya adalah
satu ujian ketakwaan kita kepada Allah
sehinggakan kita merasa lebih
utama dari segalanya sedangkan yang
didatangkan
pada kita hanyalah dari ketentuanNya"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home